Sesi Dialog Berkaitan Substation Di Kawasan "Food Court" Milik Farley Kota Samarahan (Lot 9289 Block 26 Muara Tuang Land District)
Posted on 08 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Sesi Dialog Berkaitan Substation Di Kawasan "Food Court" Milik Farley Kota Samarahan (Lot 9289 Block 26 Muara Tuang Land District)
Tarikh :08.10.2026
Masa : 09.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Satu sesi dialog berkaitan isu Substation Sarawak Energy Berhad (SEB) di kawasan “Food Court” milik Farley Kota Samarahan, yang melibatkan Lot 9289, Blok 26, Muara Tuang Land District, telah diadakan dan dipengerusikan oleh Tuan Penguasa Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan.
Sesi dialog ini diadakan bagi membincangkan isu berkaitan kedudukan struktur binaan di kawasan berkenaan yang didapati telah memasuki kawasan lot yang diperuntukkan bagi tujuan Substation SEB. Pihak Farley Kota Samarahan telah diminta untuk mengambil tindakan bagi mengenal pasti serta mengatur semula binaan yang memasuki kawasan lot substation tersebut. Tindakan susulan akan dilaksanakan dengan mengambil kira kedudukan sempadan lot serta keperluan penggunaan kawasan bagi tujuan infrastruktur utiliti SEB.
