News

 

MAJLIS PECAH TANAH DAN PENYERAHANNCEK PAMPASAN TANAH BAGI JALAN SPUR SARE KE JALAN SENTEBU, BUKIT KINYAU SARIKEI SERTA PENYERAHAN CEK TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR).

Posted on 07 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan tanah dan Survei Bahagian Sarikei

MAJLIS PECAH TANAH DAN PENYERAHANNCEK PAMPASAN TANAH BAGI JALAN SPUR SARE KE JALAN SENTEBU, BUKIT KINYAU SARIKEI SERTA PENYERAHAN CEK TANGGUNGJAWAB SOSIAL (CSR).

TARIKH 7.10.2026 (RABU)
MASA :10 PAGI
TEMPAT : JALAN SPUR, SARE, SARIKEI.

Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah bagi Projek bina Jalan Spur dari Sare ke Jalan Sentebu/Bukit Kinyau, Sarikei dan Cek Tanggungjawab  Sosial Korporat (CSR) Bahagian Sarikei bertempat di tapak permulaan Jalan Spur, Sare hari ini.

Seramai 20 penerima  cek pampasan berjumlah RM 1,497,673.21  bagi Projek Bina Jalan SPUR Dari Sare Ke Jalan Sentebu/ Bukit Kinyau, Sarikei  membabitkan 45 cek.

Pembinaan Jalan Spur ini adalah dibawah projek Rajang Delta Development  Agency  (RADDA) yang mana Jabatan Kerja Raya  selaku agensi pelaksana dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sarikei.

Turut diadakan ialah penyampaian sumbangan cek berjumlah RM16,000.00  kepada Sekolah Kebangsaan Sarikei di bawah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR).  

Program ini merupakan komitmen berterusan kerajaan Sarawak  dalam  mempercepatkan pembangunan luar bandar, serta melaksanakan pelbagai inisiatif strategik bagi memperkasakan ekonomi dan taraf hidup rakyat.

Majlis ini disempurnakan oleh YB Datuk Haji Len Talif Salleh, Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar, Sarawak serta turut sama Encik Zameer Zakwan bin Razali, mewakili  YB Dato Ir. Hj Yusuf bin Abdul Wahab, Ahli Parlimen P.206 Tg Manis ;  Encik Shafrie bin Saili, Pemangku Residen Bahagian Sarikei ;​ Encik Ir. Ts. Kennedy anak Kedo, Jurutera Bahagian Sarikei ; Encik Sr. Awan anak Amal, Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Sarikei; ​Ketua - ketua Jabatan, Ketua - Ketua Masyarakat & Ketua - ketua Kaum.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 08 Oct 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement