News

 

JTS KUCHING SERTAI PAMERAN MINI PROGRAM JANGKAUAN KOMUNITI SALCRA BAU/LUNDU

Posted on 06 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching

JTS KUCHING SERTAI PAMERAN MINI PROGRAM JANGKAUAN KOMUNITI SALCRA BAU/LUNDU

Tarikh : 6 Oktober 2026
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Tempat : Bajo Training Centre, Lundu

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching (JTS Kuching) menyertai Pameran Mini sempena Program Jangkauan Komuniti SALCRA bagi Bahagian Bau/Lundu yang berlangsung di Bajo Training Centre, Lundu, dari jam 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Penyertaan JTS Kuching adalah atas jemputan Sarawak Land Consolidation and Rehabilitation Authority (SALCRA) dan merupakan salah satu acara sempena Sambutan Ulang Tahun SALCRA ke-50 Tahun.

Penyertaan ini bertujuan memperkenalkan fungsi dan perkhidmatan JTS kepada komuniti, meningkatkan kefahaman orang awam mengenai bidang tugas Jabatan serta menyediakan ruang interaksi secara langsung dengan masyarakat setempat. JTS Kuching diwakili oleh pegawai dan kakitangan daripada Cawangan Tanah, Cawangan Survei serta Unit Perhubungan Awam bagi memberikan penerangan dan maklumat berkaitan perkhidmatan Jabatan kepada para pengunjung.

Pameran ini turut menjadi platform untuk memperkukuh hubungan antara JTS Kuching dengan komuniti serta meningkatkan penyampaian maklumat berkaitan pengurusan tanah dan survei secara lebih mudah dan berkesan.

Penyertaan JTS Kuching mencerminkan komitmen Jabatan dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan awam yang responsif serta memastikan masyarakat mendapat akses kepada maklumat yang tepat berkaitan perkhidmatan Jabatan.

JTS Kuching merakamkan penghargaan kepada pihak SALCRA atas jemputan dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 07 Oct 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement