Mesyuarat Pengurusan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan Bil. 3/2026
Posted on 05 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Mesyuarat Pengurusan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan Bil. 3/2026
Tarikh : 05.10.2026
Masa : 08.30 am
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Mesyuarat Pengurusan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan Bil. 3/2026 telah diadakan bagi membincangkan perkara-perkara berkaitan pengurusan dan pentadbiran Jabatan, khususnya melibatkan setiap Cawangan, Seksyen dan Unit di Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan.
Perbincangan turut memberi penekanan kepada kemaskini status tugasan, penyelarasan urusan kerja, isu-isu operasi serta perkara-perkara yang memerlukan tindakan lanjut oleh setiap Cawangan, Seksyen dan Unit. Mesyuarat juga menjadi platform untuk memastikan segala urusan dan tugasan jabatan dapat dilaksanakan dengan lebih teratur, cekap dan berkesan.
Selain itu, setiap Cawangan, Seksyen dan Unit diminta untuk memberikan perhatian terhadap perkara-perkara berbangkit serta memastikan tindakan susulan dilaksanakan mengikut tempoh dan ketetapan yang telah dipersetujui.
