Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek: Tapak Baharu Klinik Kesihatan (Jenis 5) Dengan Kuarters Nanga Medamit, Limbang
Posted on 01 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek: Tapak Baharu Klinik Kesihatan (Jenis 5) Dengan Kuarters Nanga Medamit, Limbang
Tarikh: 1 Oktober 2026 (Khamis)
Masa: 09.30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Kecil Medamit, Limbang
Sesi dialog dijalankan bagi memaklumkan kepada Ketua Masyarakat dan pemilik tanah berkenaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak.
Penerangan disampaikan meliputi tujuan pengambilan, kaedah pengukuran, hak-hak yang terlibat serta prosedur menuntut pampasan yang disampaikan oleh Pegawai Penilaian, Encik Mohd Marwan bin Yusup.
Objektif utama sesi dialog adalah untuk memastikan penuntut mendapat maklumat jelas supaya urusan pengambilan tanah dapat dilaksanakan dengan teratur dan mengikut undang-undang.
