MAJLIS PENYERAHAN CEK PELAKSANAAN PROJEK TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
Posted on 03 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu
MAJLIS PENYERAHAN CEK PELAKSANAAN PROJEK TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT
TARIKH : 02 OKTOBER 2026
MASA : 1400H
TEMPAT : DEWAN SK ULU SEGAN, BINTULU
Tujuan pelaksanaan penyerahan cek Projek Tanggungjawab Sosial Korporat adalah sebagai tanda komitmen dan keprihatinan terhadap keperluan pembangunan serta kebajikan komuniti setempat, khususnya warga Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Segan. Penyerahan cek yang disempurnakan oleh Yang Berhormat Encik Iskandar bin Turkee, ADUN N.67 Jepak pada 2 September 2026 bertempat di SK Ulu Segan, bertujuan menyokong pelaksanaan projek yang memberi manfaat secara langsung kepada pihak sekolah dan murid. Inisiatif ini diharapkan dapat membantu meningkatkan kemudahan, keselesaan dan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Pada masa yang sama, pelaksanaan projek ini mencerminkan kerjasama strategik antara pihak berkepentingan dalam memperkukuh pembangunan pendidikan, kesejahteraan masyarakat serta hubungan erat antara wakil rakyat dengan komuniti setempat.
