Sesi Libat Urus Stakeholders Bersama Pemilik Lot Tanah Kosong Berhubung Pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu
Posted on 02 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
Sesi Libat Urus Stakeholders Bersama Pemilik Lot Tanah Kosong Berhubung Pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu
Tarikh : 2 Oktober 2026
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna (Blok B), Bangunan Lakis, Sibu
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu bersama agensi-agensi berkaitan telah mengadakan Sesi Libat Urus Stakeholders Bersama Pemilik Lot Tanah Kosong Berhubung Pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu pada 2 Oktober 2026 bertempat di Dewan Serbaguna (Blok B), Bangunan Lakis, Sibu.
Sesi libat urus ini diadakan bagi memberikan penerangan serta mendapatkan maklum balas daripada pemilik-pemilik lot tanah kosong yang terlibat berhubung pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu. Sesi ini juga menjadi platform bagi pihak jabatan dan agensi berkaitan untuk menjelaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan pelaksanaan projek serta menjawab persoalan yang dikemukakan oleh pemilik lot.
Sesi ini turut dihadiri oleh Tuan Haji Forkanizam Bin Dolhadi, wakil Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar; Encik Surveyor Mohamad Muazziz Bin Othman, wakil Lembaga Pembangunan dan Lindungan Tanah; Encik Fatrus Bin Bahari, wakil Mutiara Mortgage dan Credit; serta Encik Gabriel Embuas, wakil Perbadanan Pembangunan Perumahan Sarawak.
Kehadiran wakil-wakil daripada pelbagai agensi berkaitan mencerminkan komitmen dan kerjasama erat antara jabatan dalam memastikan pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kampung Datu dapat dilaksanakan dengan teratur dan lancar. Penglibatan agensi-agensi berkenaan juga penting dalam memberikan penerangan yang lebih jelas serta menyelaras perkara-perkara berkaitan kepada pemilik lot tanah yang terlibat.
Secara keseluruhannya, sesi libat urus telah berlangsung dengan lancar hasil kerjasama dan komitmen daripada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu, agensi-agensi berkaitan serta semua pemilik lot yang hadir.
Diharapkan agar segala urusan berkaitan perpindahan dan pelaksanaan Projek Pembangunan Semula Kampung Datu, Sibu dapat dilaksanakan dengan teratur, lancar dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.
