News

 

Majlis Penyampaian Cek Dana Bantuan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Fasa II Tahun 2026 Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan

Posted on 02 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan

Majlis Penyampaian Cek Dana Bantuan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Fasa II Tahun 2026 Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan

Tarikh : 02.10.2026
Masa : 0800 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan

Majlis Penyampaian Cek Dana Bantuan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Fasa II Tahun 2026 Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan telah diadakan bagi menyampaikan sumbangan CSR kepada penerima - penerima.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Wang, dengan penyampaian cek dana bantuan kepada Guru Besar Sekolah Pendidikan Khas Kota Samarahan, serta wakil daripada Kampung Stakan Melayu, Kampung Bukit Berangan, Kampung Pangkalan Kuap dan Kampung Lubok Buntin.

Penyampaian bantuan ini merupakan salah satu usaha Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan dalam melaksanakan tanggungjawab sosial serta memberi sokongan kepada keperluan komuniti dan institusi pendidikan di kawasan Samarahan. Majlis berlangsung dalam suasana lancar dan turut dihadiri oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan serta wakil pelesen pasir iaitu Magna Focus Sdn Bhd.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 02 Oct 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement