SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN TELEKOMUNIKASI DI KG MEREMBEH
Posted on 01 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching
SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI PEMBANGUNAN INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN TELEKOMUNIKASI DI KG MEREMBEH
Tarikh : 01.10.2026
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Masyarakat Kampung Merembeh, Bau.
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching telah mengadakan Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4), Kanun Tanah Sarawak bagi projek “Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at Part of Unregistered State Land Block 13, Senggi Poak Land District, Kuching – Kg Merembeh (SMART76010305)”.
Sesi dialog yang berlangsung pada 1 Oktober 2026, jam 10.00 pagi di Dewan Serbaguna Kampung Merembeh ini bertujuan memberikan penerangan kepada pihak berkepentingan berhubung proses pengambilan balik tanah bagi pelaksanaan projek berkenaan.
Antara perkara yang diberi penekanan termasuk penerangan berkaitan proses pengambilan balik tanah, hak dan kepentingan pihak yang terlibat serta tatacara berkaitan tuntutan dan pampasan, tertakluk kepada peruntukan undang-undang dan prosedur yang berkuat kuasa.
Sesi dialog ini turut melibatkan wakil Pejabat Daerah Bau, Sarawak Multimedia Association, serta Ketua-Ketua Kampung Merembeh dan Sibulung.
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching komited untuk memastikan setiap proses pengambilan balik tanah dilaksanakan secara teratur, telus dan berpandukan peruntukan Kanun Tanah Sarawak, di samping memastikan pihak berkepentingan mendapat maklumat yang jelas mengenai proses yang berkaitan.
Pelaksanaan sesi dialog seperti ini mencerminkan komitmen Jabatan dalam memperkukuh penyampaian maklumat serta mewujudkan saluran komunikasi yang berkesan antara kerajaan dan masyarakat dalam menyokong pelaksanaan projek pembangunan di Sarawak.
