Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5(3)&(4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek Bangkong Booster Pump Station and High Level Tank, Pantu
Posted on 01 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei bahagian Sri Aman
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5(3)&(4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek Bangkong Booster Pump Station and High Level Tank, Pantu
Tarikh: 01.10.2026
Masa: 2:00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Pantu
Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3)&(4) Kanun Tanah Sarawak kepada penuntut/pemilik tanah yang berkepentingan ke atas tanah yang terlibat dalam projek tersebut.
Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan penuntut telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran, hak-hak pihak yang berkepentingan serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. Borang E turut diberikan kepada penuntut yang terlibat bagi membolehkan maklumat berkaitan kepentingan ke atas tanah direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.