Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat JTS Bintulu
Posted on 01 Oct 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu
Majlis Bacaan Yasin & Doa Selamat JTS Bintulu
Masa : 7.30 pagi
Tarikh : 01.10.2026
Tempat : Bilik Persidangan, JTS Bintulu
Majlis Bacaan Yasin dan Bacaan Doa Selamat ini diadakan sebagai medium untuk memperkukuhkan penghayatan kerohanian dalam kalangan warga Jabatan Tanah dan Survei Bintulu, di samping memohon keberkatan, keselamatan, kesejahteraan dan kelancaran dalam segala urusan serta tanggungjawab yang dilaksanakan. Majlis ini juga diharapkan dapat mengeratkan silaturahim, memupuk semangat kekitaan dan memperkukuhkan nilai amanah, integriti serta keikhlasan dalam memberikan perkhidmatan kepada masyarakat.
