Engagement Session With Sarawak Energy Berhad (SEB)
Posted on 29 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Engagement Session With Sarawak Energy Berhad (SEB)
Tarikh : 29.09.2026
Masa : 09.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Satu sesi perbincangan telah diadakan antara Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan dengan Sarawak Energy Berhad (SEB) bagi membincangkan dan mendapatkan kemas kini berhubung status projek-projek yang berkaitan dengan SEB di Bahagian Samarahan.
Perbincangan tersebut memberi tumpuan kepada status semasa pelaksanaan projek, isu-isu berkaitan tanah, perkembangan permohonan dan urusan pengambilan atau pemberimilikan tanah, serta perkara-perkara lain yang memerlukan tindakan dan penyelarasan antara pihak jabatan dengan SEB.
Sesi ini turut menjadi platform bagi kedua-dua pihak untuk bertukar maklumat, mengenal pasti sebarang isu atau kekangan yang dihadapi serta membincangkan tindakan susulan bagi memastikan urusan berkaitan projek-projek SEB dapat dilaksanakan dengan lancar dan teratur.
