News

 

Sesi Perjumpaan dan Perbincangan Isu-isu Berkaitan Tanah Di Bahagian Samarahan Bagi Kawasan Parlimen P.197 Kota Samarahan

Posted on 28 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan

Sesi Perjumpaan dan Perbincangan Isu-isu Berkaitan Tanah Di Bahagian Samarahan Bagi Kawasan Parlimen P.197 Kota Samarahan

Tarikh : 28.09.2026
Masa : 02.00 petang
Tempat : Pejabat Pusat Khidmat P.197 Kota Samarahan

Satu sesi perjumpaan dan perbincangan berhubung isu-isu berkaitan tanah di Bahagian Samarahan bagi kawasan Parlimen P.197 Kota Samarahan telah diadakan dan dipengerusikan oleh Yang Berhormat Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang, Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah merangkap Ahli Parlimen P.197 Kota Samarahan.

Perbincangan memberi tumpuan kepada beberapa perkara berkaitan pembangunan dan pengurusan tanah di kawasan Parlimen P.197 Kota Samarahan, khususnya melibatkan Skim Pembesaran Kampung (SPK). Perbincangan turut menyentuh keperluan perancangan dan penyelarasan pembangunan tanah bagi memastikan kemudahan serta kawasan penempatan yang disediakan dapat memenuhi keperluan penduduk setempat.

Selain itu, turut dibincangkan mengenai perancangan projek berasaskan pertanian yang berpotensi untuk dilaksanakan di kawasan berkenaan sebagai salah satu usaha meningkatkan aktiviti ekonomi dan menjana sumber pendapatan rakyat. Perancangan tersebut dilihat penting bagi mengoptimumkan penggunaan tanah serta membuka peluang ekonomi kepada masyarakat setempat.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 29 Sep 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement