Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 6 (4) Kanun Tanah Negeri (KTN) & Penyerahan Borang K Bagi Projek Penahan Hakisan Tebingan Sungai di Kampung Sageng Simunjan.
Posted on 24 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 6 (4) Kanun Tanah Negeri (KTN) & Penyerahan Borang K Bagi Projek Penahan Hakisan Tebingan Sungai di Kampung Sageng Simunjan.
Tarikh: 24.09.2026
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Dewan Masyarakat Kpg Sageng, Simunjan
JTS Bahagian Samarahan telah mengadakan sesi dialog yang bertujuan untuk menerangkan berkenaan pelaksanaan proses pengambilan balik tanah di bawah Seksyen 6 (4) Kanun Tanah Negeri.
Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kampung dan pemilik tanah telah diterangkan berkenaan tujuan pengambilan balik tanah, proses tuntutan pampasan serta proses pengukuran tanah.
Dengan diadakan sesi dialog ini, informasi dan pemakluman kepada Ketua Masyarakat, Ketua Kampung dan pemilik tanah tentang proses pengambilan balik tanah untuk projek ini dapat disampaikan dengan lancar.
Sesi penyerahan Borang K juga telah diadakan kepada penuntut tanah yang terlibat.
