Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri
Posted on 21 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek : "Development of Telecommunication Infrastructure And Facilities At TXR2 Apau Gun,Bukit Semai,Apau Gun Tinjar,Miri Division - TXR 2 Apau Gun (Repeater)
Tarikh: 21.9.2026
Masa: 11:30 pagi
Tempat: Dewan Masyarakat Kampung Apau Gun
Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri kepada penuntut/pemilik tanah yang berkepentingan ke atas tanah yang terlibat dalam projek tersebut.
Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan penuntut telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran, hak-hak pihak yang berkepentingan serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. Borang E turut diberikan kepada penuntut yang terlibat bagi membolehkan maklumat berkaitan kepentingan ke atas tanah direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
