News

 

Inovasi JTS mesti beri impak, dirasai rakyat

Posted on 23 Sep 2026
Source of News: Suara Sarawak

Mohamad Abu Bakar bergambar bersama-sama warga Jabatan Tanah dan Survei (JTS) selepas menghadiri Hari Inovasi dan Integriti JTS (HIITS) 2026 di Kuching, hari ini.

KUCHING: Setiap inovasi yang dilaksanakan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mesti membawa perubahan yang dapat dirasai rakyat, bukan sekadar menghasilkan idea baharu atau menambah baik proses.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata rakyat kini lebih mengutamakan jawapan dan penyelesaian berbanding proses panjang dalam penyampaian sesuatu perkhidmatan.

“Rakyat tidak mahu tahu proses… proses A, pergi B, C, D dan sebagainya. Bagi mereka, mereka mahu jawapan.

Mereka mahu penyelesaian,” katanya ketika berucap pada Hari Inovasi dan Integriti Jabatan Tanah dan Survei (HIITS) 2026 di sini, hari ini.

Jelasnya, perubahan jangkaan masyarakat menyebabkan rakyat kini menilai tempoh menunggu, ketepatan keputusan, kejelasan jawapan dan cara sesuatu perkhidmatan diberikan.

Katanya, keadaan itu turut dipengaruhi perkembangan dunia digital dan kecerdasan buatan (AI) yang mengubah cara kerja serta jangkaan rakyat terhadap perkhidmatan awam.

“Rakyat sekarang tidak ada masa untuk kita.

Mereka akan luahkan, bukan hanya melalui fizikal, tetapi melalui alam maya,” ujarnya.

Sehubungan itu, katanya, tema ‘Berinovasi dengan Integriti: Menghasilkan impak’ amat bertepatan dengan tanggungjawab penjawat awam dalam memastikan pelaksanaan tugas memberi manfaat kepada masyarakat.

“Apabila disebut menghasilkan impak, saya ingatkan kepada rakan-rakan perkhidmatan bahawa apabila kita melaksanakan tugas, yang penting bagi kita ialah impak.

“Sama ada apa-apa yang telah kita laksanakan itu dapat dirasai oleh rakyat,” katanya lagi.

Dalam konteks pembangunan, beliau berkata JTS perlu terus memainkan peranan sebagai pemudah cara melalui pengurusan tanah yang cekap, telus dan berintegriti bagi memastikan projek strategik dapat dilaksanakan pada waktunya.

Beliau berkata hampir setiap pembangunan, termasuk perumahan, jalan raya dan infrastruktur lain, memerlukan sokongan berkaitan urusan tanah.

Justeru, beliau menggesa warga JTS bekerjasama dengan kementerian, jabatan dan agensi lain bagi menggabungkan kekuatan masing-masing dalam menyokong pembangunan.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 23 Sep 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement