News

 

​​​​​​​Inovasi perkhidmatan awam perlu diterjemah kepada tindakan

Posted on 23 Sep 2026
Source of News: Utusan Borneo


Mohamad Abu Bakar menyampaikan hadiah kepada pemenang Video Kempen Integriti semasa majlis amanat sempena Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak (HIITS) 2026 hari ini. - Gambar UKAS

KUCHING: Inovasi dalam perkhidmatan awam perlu diterjemahkan kepada tindakan yang memberi impak dan manfaat nyata kepada rakyat, bukan sekadar menghasilkan idea atau menyiapkan sesuatu projek.

Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki berkata, perkara itu penting bagi memastikan setiap usaha yang dilaksanakan kerajaan benar-benar memberi hasil yang dapat dirasai masyarakat.

Menurut beliau, rakyat tidak melihat proses dalaman sesebuah jabatan, sebaliknya menilai tempoh menunggu, ketepatan keputusan, kejelasan jawapan dan kualiti perkhidmatan yang diterima.

“Rakyat tidak melihat proses. Rakyat tidak tahu proses. Proses A ke B ke C ke D dan sebagainya

“Mereka melihat tempoh menunggu, jawapan, ketepatan keputusan, kejelasan jawapan dan cara mereka melihat.

“Kita tidak dapat mengajarkan kepada rakyat bahawa prosesnya mesti A, B, C, D dan sebagainya. Bagi mereka, mereka nak jawapan. Mereka nak penjelasan,” katanya yang dipetik dalam laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS).

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena Hari Inovasi dan Integriti Tanah dan Survei Sarawak (HIITS) 2026 yang bertemakan ‘Innovating with Integrity, Delivering with Impact’ di sebuah hotel di sini, hari ini.

Sehubungan itu, Mohamad Abu Bakar mengingatkan warga Jabatan Tanah dan Survei (JTS) supaya menilai semula hasil setiap projek dan program yang dilaksanakan, termasuk sama ada ia benar-benar memberi kesan kepada rakyat.

Katanya lagi, perubahan ekspektasi masyarakat turut menuntut perkhidmatan awam supaya sentiasa menyesuaikan penyampaian dengan keperluan semasa.

Ujar beliau, perkembangan dunia digital dan kecerdasan buatan (AI) juga telah mengubah cara masyarakat mendapatkan maklumat serta menyuarakan pandangan.

Dalam konteks JTS, beliau berkata pengurusan tanah yang cekap, telus dan berintegriti perlu menyokong pelaksanaan projek strategik supaya manfaat pembangunan dapat disampaikan kepada rakyat.

Pada majlis itu, Mohamad Abu Bakar turut menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 233 penerima yang diwakili penerima daripada setiap gred, selain hadiah kepada pemenang Video Kempen Integriti yang dimenangi JTS Bahagian Kapit dan Sudut Integriti Terbaik oleh JTS Sibu.

Bagi HIITS IdeaX Challenge 2026, kumpulan Invictus Point dari JTS Sibu muncul sebagai johan menerusi idea ‘Prismate: Penambahbaikan Prisma/Prism Bagi Meningkatkan Kecekapan dan Konsistensi Kerja Ukur’.

Turut hadir Setiausaha Tetap Kementerian Sumber Asli dan Pembangunan Bandar Datu Abdullah Julaihi, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak Datu Awang Zamhari Awang Mahmood, Pengarah Hutan Sarawak Datu Hamden Mohammad, Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Perusahaan Kayu Sarawak Datu Zainal Abidin Abdullah, Pengarah Unit Transformasi dan Inovasi Sarawak Abang Mohamad Porkan Abang Budiman, Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak Wan Mohamad Wan Drahman serta ketua-ketua jabatan.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 23 Sep 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement