Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri (KTN)
Posted on 18 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah Di Bawah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri (KTN) Bagi Projek - Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at Kampung Kakus, Samarahan (MC20N_0280)
Tarikh: 18.09.2026
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Sebuyau
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan telah mengadakan sesi dialog yang bertujuan untuk menerangkan berkenaan pelaksanaan proses pengambilan balik tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri.
Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kampung dan pemilik tanah telah diterangkan berkenaan tujuan pengambilan balik tanah, proses tuntutan pampasan serta proses pengukuran tanah.
Dengan diadakan sesi dialog ini, informasi dan pemakluman kepada Ketua Masyarakat, Ketua Kampung dan pemilik tanah tentang proses pengambilan balik tanah untuk projek ini dapat disampaikan dengan lancar.
