PROGRAM PENGUKUHAN TANAH HAK ADAT BUMIPUTERA DIBAWAH SEKSYEN 6 DAN 18 KTS DAN NATIVE TERRITORIAL DOMAIN
Posted on 18 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu
PROGRAM PENGUKUHAN TANAH HAK ADAT BUMIPUTERA DIBAWAH SEKSYEN 6 DAN 18 KTS DAN NATIVE TERRITORIAL DOMAIN
TARIKH : 18 SEPTEMBER 2026
MASA : 0900H
TEMPAT : IMPERIAL HOTEL BINTULU
Program Pengukuhan Tanah Hak Adat Bumiputera di bawah Seksyen 6 dan 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS) serta Native Territorial Domain (NTD) bertujuan meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat Bumiputera mengenai hak, kepentingan serta perlindungan tanah adat yang diwarisi secara turun-temurun. Program ini dilaksanakan bagi memperkukuh pengiktirafan, pengurusan dan pentadbiran tanah adat melalui proses pengukuran, pemetaan dan dokumentasi yang sistematik. Selain itu, program ini bertujuan memupuk kerjasama antara Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dengan komuniti setempat bagi memastikan hak tanah adat terpelihara, mengurangkan pertikaian berkaitan sempadan dan pemilikan tanah serta menyokong perancangan pembangunan yang teratur dan mampan.
