Dialog Pengambilan Balik Tanah Dibawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak
Posted on 17 Sep 2026
Source of News: Unit perhubjgan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Mukah
Dialog Pengambilan Balik Tanah Dibawah Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak bagi Projek Development of Telecomunication Infrastructure and Facilities at Part of Lot 36 Block 6 Bawan Land District, Mukah-Rh Mut@Enggu
Tarikh: 17.09.2026 (Khamis)
Masa: 9:30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Tingkat 5, JTS Bahagian Mukah, Menara Pehin Setia Raja
Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan mengenai proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri kepada penuntut yang berkepentingan ke atas kawasan tanah yang terlibat.
Dalam sesi dialog ini, yang turut dihadiri oleh wakil MCMC, wakil Pejabat Residen Mukah, Penghulu dan Tuai Rumah telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan balik tanah, proses pengukuran, hak-hak pihak yang menuntut serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. Borang E turut diedarkan kepada penuntut bagi membolehkan maklumat penuntut direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
