Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak
Posted on 15 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sri Aman
Dialog Seksyen 5(3) & (4) Kanun Tanah Sarawak Bagi Projek Pembinaan dan Naiktaraf Infrastruktur Tersier Di Blok A & Blok B Stumbin serta Kerja-Kerja Lain Yang Berkaitan Untuk IADA Batang Lupar
Tarikh: 15.09.2026
Masa: 10:00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Lingga
Sesi dialog ini bertujuan untuk memberikan penerangan berhubung pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 5(4) Kanun Tanah Negeri kepada penuntut/pemilik tanah yang berkepentingan ke atas tanah yang terlibat dalam projek tersebut.
Melalui dialog ini, Ketua Masyarakat, Ketua Kaum dan penuntut telah diberi penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran, hak-hak pihak yang berkepentingan serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. Borang E turut diberikan kepada penuntut yang terlibat bagi membolehkan maklumat berkaitan kepentingan ke atas tanah direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
