Dialog Pengukuran Perimeter Program Inisiatif Baharu NCR bagi kawasan Lubok Nibong, Baram, Miri
Posted on 14 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
Dialog Pengukuran Perimeter Program Inisiatif Baharu NCR bagi kawasan Lubok Nibong, Baram, Miri
Tarikh: 14.9.2026, Isnin
Masa: 9:30 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Marudi
Dialog ini diadakan bagi memaklumkan kepada Pejabat Daerah Marudi, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum mengenai pelaksanaan pengukuran perimeter Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di kawasan Lubok Nibong, Baram, Miri.
Melalui sesi perbincangan ini, semua pihak berkepentingan dapat mencapai persefahaman serta menyelaras tindakan bagi memastikan proses pengiktirafan hak tanah masyarakat setempat dilaksanakan secara teratur, telus dan berkesan.
