Dialog Penyukatan bagi Projek Sarawak–Sabah Link Road (SSLR) – Jajaran Baharu Mengelak Kawasan Perkuburan Long Iman
Posted on 08 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
Dialog Penyukatan bagi Projek Sarawak–Sabah Link Road (SSLR) – Jajaran Baharu Mengelak Kawasan Perkuburan Long Iman
Tarikh: 8.9.2026
Masa : 10:00 pagi Tempat : Gereja SIB Long Iman, Mulu, Miri
Dialog ini melibatkan Pejabat Daerah Kecil Mulu, Jabatan Hutan Bahagian Miri, Jabatan Kerja Raya (JKR), Maltimur Aktif Unggul JV Sdn Bhd serta penduduk Kampung Long Iman. Sesi ini diadakan bagi menerangkan cadangan jajaran baharu projek serta mendapatkan pandangan, maklum balas dan kerjasama penduduk kampung berhubung kerja-kerja penyukatan yang akan dilaksanakan, khususnya bagi memastikan kawasan perkuburan Long Iman dielakkan.
