News

 

Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri

Posted on 11 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu

Dialog Pengambilan Balik Tanah Seksyen 5 (3) & (4) Kanun Tanah Negeri Bagi Projek “Development of Telecomunication Infrastructure And Facilities at Part of Lot 789 Menyan Land District – Rh Dana, Machan” (JEN1_1287)

Tarikh        : 11.09.2026 (Jumaat)
Masa        : 10.30 pagi
Tempat    : Rumah Alfred Chuat Anak Beti

Sesi dialog ini diadakan bagi memberikan penerangan berhubung pelaksanaan proses pengambilan tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri kepada pemilik tanah yang mempunyai kepentingan terhadap tanah yang terlibat dalam projek berkenaan.

Dalam sesi ini, Ketua Masyarakat serta penuntut telah diberikan penerangan mengenai tujuan pengambilan tanah, proses pelaksanaan pengukuran, hak-hak pihak yang berkepentingan, serta tatacara mengemukakan tuntutan pampasan. Selain itu, Borang E turut diedarkan kepada penuntut yang terlibat bagi membolehkan maklumat berkaitan kepentingan mereka ke atas tanah direkodkan dan diproses mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Penganjuran sesi dialog ini diharapkan dapat meningkatkan kefahaman serta memberikan maklumat yang jelas kepada para penuntut mengenai proses pengambilan tanah oleh Kerajaan, sekali gus memastikan pelaksanaannya berjalan secara telus, teratur dan mengikut peruntukan undang-undang.


Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 14 Sep 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement