STAKEHOLDER ENGAGEMENT : SGD BINTULU EXPANSION : FIRST GAS TO RH RENGAN
Posted on 14 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu
STAKEHOLDER ENGAGEMENT : SGD BINTULU EXPANSION : FIRST GAS TO RH RENGAN
TARIKH : 14 SEPT 2026
MASA : 0900H
TEMPAT : BILIK PERSIDANGAN JTS TINGKAT 2 WISMA BINTULU
Perjumpaan Stakeholder Engagement bagi projek SGD Bintulu Expansion – First Gas to Rumah Rengan bertujuan memperkukuhkan hubungan kerjasama antara pihak berkepentingan, agensi kerajaan, pihak pemaju serta komuniti setempat dalam memastikan kelancaran pelaksanaan projek. Perjumpaan ini juga bertujuan memberikan penerangan berkaitan status dan perkembangan projek, skop kerja serta manfaat yang bakal diperoleh oleh masyarakat dan kawasan sekitar. Selain itu, sesi ini menjadi platform untuk membincangkan isu-isu berkaitan pengambilan balik tanah, penggunaan tanah, keselamatan, alam sekitar dan infrastruktur. Perbincangan turut memberi ruang kepada pihak berkepentingan mengemukakan pandangan, cadangan serta kebimbangan bagi mencapai persefahaman bersama dan memastikan projek dilaksanakan secara teratur, telus serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.
