Sesi Dialog Penyerahan Jadual Tuntutan Bagi Kawasan Ulu Sungai Melekun dan Ensilai/Sungai Nyikau/Sungai Yong Kapit
Posted on 09 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit
Sesi Dialog Penyerahan Jadual Tuntutan Bagi Kawasan Ulu Sungai Melekun dan Ensilai/Sungai Nyikau/Sungai Yong Kapit (P. ID 261) Kerja Ukur 113/2023, 55/2024, 33/2024 dan 33/2025.
Tarikh: 9.9.2026
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Rumah Jambon anak Antas, Nanga Ensilai, Batang Rajang, Kapit
Sesi dialog telah diadakan bagi menyerahkan dan menerangkan berkenaan Jadual Tuntutan kepada Tuai Rumah dan penduduk rumah panjang. Jadual Tuntutan perlu dipamerkan di rumah panjang untuk membolehkan setiap penama pemilik tanah membuat semakan dengan teliti terhadap maklumat seperti nama pemilik tanah, nombor kad pengenalan, syer kepentingan dalam lot tanah serta nombor lot tanah masing-masing.
Tuai Rumah dan penduduk yang hadir turut dimaklumkan bahawa Jadual Tuntutan tersebut akan dipamerkan di rumah panjang selama satu (1) bulan bermula 9 September 2026 sehingga 9 Oktober 2026. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan atau perubahan pada maklumat berkaitan, pemilik tanah diminta untuk memaklumkan dan mengemukakan pembetulan melalui Tuai Rumah kepada Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit dalam tempoh satu (1) bulan tersebut.
Pelan lot tanah yang berkaitan turut diserahkan untuk dipamerkan bersama-sama Jadual Tuntutan bagi membolehkan pemilik tanah membuat semakan kedudukan dan sempadan lot masing-masing. Tuai Rumah dan penduduk rumah panjang yang hadir memahami penerangan yang telah disampaikan serta serta tindakan yang perlu diambil dalam tempoh pameran yang ditetapkan.
