Sesi Dialog (Randau) Seksyen 5 (3)&(4) KTN Mengenai Projek Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at SK Nanga Grenjang, Ulu Krian, Betong (MC2017 MBSM)
Posted on 09 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong
Sesi Dialog (Randau) Seksyen 5 (3)&(4) KTN Mengenai Projek Development of Telecommunication Infrastructure and Facilities at SK Nanga Grenjang, Ulu Krian, Betong (MC2017 MBSM)
Tarikh: 9.9.2026
Masa: 0900 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Saratok
Sesi dialog ini diadakan bagi memberi penerangan serta mendapatkan persetujuan dan maklum balas daripada pemilik tanah berhubung pelaksanaan projek serta pengambilan balik tanah bagi tujuan pembangunan infrastruktur dan kemudahan telekomunikasi. Sepanjang sesi berlangsung, pemilik tanah memberikan respon yang positif serta memahami penerangan yang disampaikan oleh Pegawai Penilaian dan Pegawai Pembantu Penilaian.
