Kunjungan Hormat JTK ke JTS
Posted on 08 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei sarawak
Kunjungan Hormat JTK ke JTS
Tarikh: 8 September 2026
Lokasi: Bilik Mesyuarat, Tingkat 6 Menara Pelita
Satu kunjungan hormat daripada Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Malaysia ke Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah diadakan di Menara Pelita pada 8 September 2026 di Menara Pelita dan kunjungan tersebut dalah bertujuan bagi memperkukuh hubungan kerjasama strategik antara agensi kerajaan.
Kunjungan tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Tenaga Kerja Sarawak, Puan Jamilah binti Putit, bersama Ketua Bahagian Standard Perburuhan, Encik Barnabas anak Ahjam; Ketua Bahagian Khidmat Pengurusan, Encik Siw Woo Kiiong; serta Pegawai Perhubungan Perusahaan, Puan Diana Supit.
Petemuan tersebut turut membincangkan urusan pembaharuan sewaan pejabat JTK Sarawak di beberapa lokasi termasuk PTK Bakun, Lawas, Kota Samarahan, Saratok, Mukah, dan Betong.
