News

 

Kunjungan Hormat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia ke JTS

Posted on 08 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei sarawak

Kunjungan Hormat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia ke JTS

Tarikh:  7 September 2026

Tempat:  Bilik Mesyuarat Tingkat 6 Menara Pelita

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah mengadakan kunjungan hormat ke Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pada 7 September 2026. Delegasi MOTAC yang hadir pada sesi tersebut turut disertai oleh YBhg. Datuk Surrendren Sathasivam selaku Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) MOTAC, YBrs. Puan Debbie anak Jenggut Nyelang (Pengarah MOTAC Sarawak), Ir. Ts. Hajah Maziah binti Abu Hassan dari Bahagian Pembangunan Prasarana MOTAC, serta Cik Desideria anak Michael Direp selaku Setiausaha Peribadi (PA) Pengarah MOTAC Sarawak.

Kehadiran mereka disambut oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak yang diwakili oleh YBhg. Datu Awang Zamhari bin Awang Mahmood (Pengarah Tanah dan Survei Sarawak), Sr. Haji Rozlan bin Haji Putit (Timbalan Pengarah Pengurusan), dan Mohammad Zunica bin Mohamad Sapiee (Penolong Pengarah (Perancangan)).

Tujuan utama kunjungan strategik ini adalah untuk berbincang secara mendalam mengenai pelaksanaan inisiatif Kampung Angkat MADANI (KAM) di bawah MOTAC yang melibatkan Kampung Luak di Miri, selain memperkukuhkan kerjasama erat antara kementerian dan agensi negeri dalam memacu pembangunan serta kesejahteraan komuniti setempat.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 08 Sep 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement