SESI PERBINCANGAN BERSAMA AREA DEVELOPMENT COMMITTEE BERHUBUNG ISU-ISU DI KAWASAN PJP PELITA ULU TERU PLANTATION SDN. BHD, MARUDI, MIRI
Posted on 03 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
SESI PERBINCANGAN BERSAMA AREA DEVELOPMENT COMMITTEE BERHUBUNG ISU-ISU DI KAWASAN PJP PELITA ULU TERU PLANTATION SDN. BHD, MARUDI, MIRI
Tarikh : 3 September 2026, Khamis
Masa: 9:00 pagi
Tempat Hotel Grand Palace, Miri
Sesi perbincangan anjuran MFICORD telah diadakan bagi mendapatkan pandangan, penjelasan dan maklum balas pihak berkepentingan berhubung isu-isu berkaitan serta mengenal pasti tindakan susulan yang bersesuaian.
Sesi tersebut dipengerusikan oleh YB Datuk Dr Penguang Manggil, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak (Kerajaan Tempatan), dan turut dihadiri oleh Datu Sirai Daha, Setiausaha Tetap MFICORD; En. Galong Luang, Residen Miri; En. Anthony Aboi, Superintendent Jabatan Tanah dan Survei Miri; En. Charles Aloysius Lisu, Pegawai Daerah Beluru; En. George Lentton Indang, COO LCDA; Datuk Danny Tiong, Managing Director Syarikat Rimbunan Sawit Berhad; pegawai-pegawai kerajaan, Tuai-tuai Rumah serta lebih 160 peserta JV yang terdiri daripada pemilik tanah.
