News

 

SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI PROJEK “NEW LUNDU WATER TREATMENT PLANT” BERLANGSUNG DI LUNDU

Posted on 03 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching

SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH BAGI PROJEK “NEW LUNDU WATER TREATMENT PLANT” BERLANGSUNG DI LUNDU

Tarikh : 3.9.2026 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Dewan Serbaguna Kampung Sedaing, Lundu

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching telah mengadakan Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 5(3) dan 4 Kanun Tanah Sarawak (KTS) bagi Projek “New Lundu Water Treatment Plant” pada pagi ini di Dewan Serbaguna Kampung Sedaing.

Sesi dialog yang bermula pada jam 10.00 pagi itu telah mencatatkan kehadiran seramai 51 orang. Program ini merupakan platform penting untuk memberikan penerangan berkaitan proses pengambilan balik tanah, termasuk proses tuntutan pampasan, serta memberikan peluang kepada pihak yang terlibat untuk mendapatkan penjelasan secara langsung.

Sesi berkenaan turut melibatkan pihak-pihak berkepentingan serta pemimpin masyarakat di kawasan Lundu, termasuk wakil pentadbiran daerah dan ketua-ketua masyarakat serta kampung yang disenaraikan dalam agihan jemputan.

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching melalui penglibatan pegawai daripada Cawangan Survei, Cawangan Penilaian dan Unit Perhubungan Awam telah melaksanakan persediaan serta penyelarasan bagi memastikan sesi dialog dapat dijalankan dengan teratur.

Penganjuran sesi ini mencerminkan komitmen Jabatan untuk memperkukuh komunikasi dua hala dan menyampaikan maklumat secara jelas kepada pihak yang berkaitan. Sesi dialog juga menjadi wadah bagi pihak terlibat untuk mengemukakan pertanyaan dan berkongsi pandangan mengenai perkara berkaitan pelaksanaan projek tersebut.

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang hadir dan memberikan kerjasama dalam menjayakan sesi dialog tersebut.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 03 Sep 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement