Program Taklimat Umum Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera Daerah Miri
Posted on 02 Sep 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
Program Taklimat Umum Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera Daerah Miri
Tarikh : 2.9.2026
Masa: 830 - 430pm
Tempat : Hotel City Rise, Miri
Program Taklimat Umum Pembangunan Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Daerah Miri telah dianjurkan oleh Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD).
Program ini telah dihadiri oleh kira-kira 180 orang peserta, terdiri daripada Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JKKK) bagi Daerah Miri.
Taklimat ini bertujuan memberikan penerangan dan kefahaman kepada pemimpin masyarakat mengenai pembangunan serta pengurusan tanah NCR, khususnya berkaitan peluang, peranan agensi kerajaan dan hala tuju pembangunan tanah bagi menyokong aktiviti pertanian dan ekonomi masyarakat setempat.
Antara agensi yang terlibat memberikan taklimat ialah Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri , Jabatan Hutan Sarawak, Jabatan Pertanian Bahagian Miri dan Lembaga Industri Getah Sarawak.
