Taklimat dan Kaunter Program Kebajikan MAKSAK Malaysia ke Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
Posted on 28 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Tanah dan Survei Saraak
Taklimat dan Kaunter Program Kebajikan MAKSAK Malaysia ke Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak
Tarikh: 28 Ogos 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 4
Sesi taklimat ini adalah untuk memaklumkan maklumat terperinci mengenai program kebajikan yang disediakan oleh MAKSAK Malaysia, di samping mengemas kini senarai panel perubatan berdaftar kepada warga kerja Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Selain itu, sesi ini juga bertujuan untuk memaklumkan pakej-pakej perlindungan terkini yang telah dinaik taraf khas untuk penjawat awam.
Taklimat ini disampaikan oleh wakil dari MAKSAK Malaysia iaitu Encik Gabriel Kon dan Encik Noorhisham. Lebih 30 warga kerja telah hadir dalam sesi taklimat dan juga sambutan menggalakkan daripada kaunter perkhidmatan yang telah dijalankan pada sebelah petang.
