Majlis Penghargaan Jawatankuasa Kerja LASSCAR Samarahan 2026 dan Majlis Perpisahan SAPO Zeleha binti Razali
Posted on 27 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Majlis Penghargaan Jawatankuasa Kerja LASSCAR Samarahan 2026 dan Majlis Perpisahan SAPO Zeleha binti Razali
Tarikh : 27.08.2026
Masa : 0700 pm
Tempat : 56 Hotel, Kuching
Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan telah mengadakan Majlis Penghargaan LASSCAR Samarahan 2026 sebagai tanda penghargaan kepada Jawatankuasa Kerja, Pengurus serta para Atlet LASSCAR Samarahan 2026 atas komitmen, dedikasi dan sumbangan dalam menjayakan serta mengharumkan nama Bahagian Samarahan sepanjang penyertaan dalam LASSCAR 2026.
Majlis tersebut turut menyaksikan penyampaian Anugerah Olahragawan LASSCAR Samarahan 2026 kepada Encik Julai bin Bujang dan Olahragawati LASSCAR Samarahan 2026 kepada Cik Stella anak Aman sebagai pengiktirafan atas pencapaian cemerlang semasa Kejohanan LASSCAR 2026.
Dalam majlis yang sama, turut diadakan Majlis Perpisahan SAPO Zeleha binti Razali sempena perpindahan beliau ke Unit Digitalisasi Perkhidmatan Awam Sarawak sebagai Pegawai Tadbir. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas segala jasa, khidmat bakti serta sumbangan yang telah diberikan.
