Program Ceramah Kesedaran Pematuhan SOP Bagi Pemegang Lesen Memindah Bahan Batuan (Tanah)
Posted on 26 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
Program Ceramah Kesedaran Pematuhan SOP Bagi Pemegang Lesen Memindah Bahan Batuan (Tanah)
Tarikh: 26 Ogos 2026
Masa: 8.00 pagi
Tempat: Hotel Paramount, Sibu
Jabatan Tanah dan Survei telah menganjurkan Program Ceramah Kesedaran Pematuhan SOP Bagi Pemegang Lesen Memindah Bahan Batuan (Tanah) yang bertempat di Hotel Paramount, Sibu. Program ini telah dihadiri oleh pemohon dan pemegang lesen memindah bahan batuan (tanah) serta beberapa Penguasa Tanah dan Survei dari bahagian-bahagian berhampiran.
Ceramah telah disampaikan oleh pegawai daripada Cawangan Penguatkuasa dan Mineral, Ibu Pejabat Jabatan Tanah dan Survei Sarawak. Melalui sesi ini, para peserta diberikan penerangan berkaitan Prosedur Operasi Standard (SOP), syarat-syarat lesen, tanggungjawab pemegang lesen serta aspek pematuhan yang perlu dipatuhi dalam menjalankan aktiviti pemindahan bahan batuan (tanah).
Di samping itu, peserta turut berpeluang mengemukakan pertanyaan dan mendapatkan penjelasan secara langsung mengenai pelaksanaan syarat-syarat lesen serta tindakan yang boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan. Perkongsian ini diharap dapat membantu pemegang lesen memahami tanggungjawab mereka dan mengelakkan sebarang pelanggaran terhadap syarat lesen serta peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Jabatan dalam memperkukuh tahap pematuhan, meningkatkan kesedaran dalam kalangan pemegang lesen, serta memastikan aktiviti pemindahan bahan batuan (tanah) dilaksanakan secara bertanggungjawab, berintegriti dan selaras dengan peraturan yang ditetapkan.
