PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY MBJ
Posted on 27 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Bintulu
PROGRAM CORPORAT SOCIAL RESPONSIBLE MBJ
PROGRAM CORPORATE SOCIAL RESPONSIBILITY MBJ
TARIKH : 27.08.2026
MASA : 1530H - 1730H
TEMPAT : PANTAI TANJUNG BATU, KIDURONG BINTULU
Program Corporate Social Responsibility (CSR) Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Jabatan Tanah dan Survei (JTS) bertujuan memperkukuh tanggungjawab sosial serta meningkatkan keprihatinan warga jabatan terhadap kebajikan masyarakat dan komuniti setempat. Program ini menjadi wadah untuk memupuk budaya kesukarelawanan, semangat bekerjasama, sikap prihatin dan nilai murni dalam kalangan warga JTS.
Selain itu, pelaksanaan program CSR bertujuan memberi sumbangan dan bantuan kepada golongan yang memerlukan, di samping membantu meringankan beban serta meningkatkan kesejahteraan penerima. Aktiviti yang dilaksanakan juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara warga jabatan dengan masyarakat melalui interaksi dan penglibatan secara langsung dalam aktiviti kemasyarakatan.
Program ini turut memberi peluang kepada warga JTS untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan peranan sosial organisasi serta mengamalkan nilai integriti, empati, kebertanggungjawaban dan kerjasama berpasukan. Di samping itu, penglibatan dalam CSR dapat meningkatkan motivasi, semangat kekitaan dan hubungan harmoni sesama warga jabatan.
Secara keseluruhannya, program CSR MBJ JTS diharapkan dapat memberi impak positif kepada masyarakat, memperkukuh hubungan jabatan dengan komuniti serta meningkatkan imej JTS sebagai organisasi perkhidmatan awam yang prihatin, bertanggungjawab dan sentiasa komited dalam menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat.
