Kursus Knowledge Sharing on Land Acquisition Projects and Assessment of Premium for Major Projects: Issues and Challenges
Posted on 26 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
Kursus Knowledge Sharing on Land Acquisition Projects and Assessment of Premium for Major Projects: Issues and Challenges
Tarikh: 26–27 Ogos 2026
Masa: 8.00 pagi
Tempat: RH Hotel, Sibu
Kursus Knowledge Sharing on Land Acquisition Projects and Assessment of Premium for Major Projects: Issues and Challenges telah diadakan selama dua hari di RH Hotel, Sibu. Kursus ini menghimpunkan kakitangan Cawangan Penilaian dari semua bahagian Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bagi berkongsi pengetahuan, pengalaman serta amalan terbaik berkaitan pengambilan tanah dan penilaian premium bagi projek-projek mega.
Majlis perasmian kursus telah disempurnakan oleh Sr Haji Alfian Bin Bawi, Penolong Pengarah Penilaian pada hari pertama program. Sepanjang kursus berlangsung, pelbagai sesi perkongsian ilmu, perbincangan serta penerangan mengenai prosedur dan kaedah pelaksanaan tugas telah disampaikan oleh Pegawai Kanan Penilaian yang berpengalaman. Kursus ini memberi manfaat khususnya kepada kakitangan yang baharu menyertai perkhidmatan agar lebih memahami aspek teknikal serta cabaran dalam melaksanakan tugasan.
Penganjuran kursus ini diharapkan dapat meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi warga Cawangan Penilaian dalam melaksanakan tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan. Di samping itu, ia turut menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama, menyelaras amalan kerja serta mempertingkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan Jabatan kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.
