Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah (SHT) Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS) Bagi Kawasan Krian, Saratok
Posted on 27 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong
Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah (SHT) Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS) Bagi Kawasan Krian, Saratok
Tarikh: 27.8.2026
Masa: 1000 pagi
Tempat: Dewan Sri Krian, Saratok
Majlis Penyerahan Surat Hak Milik Tanah (SHT) di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak (KTS) bagi kawasan Krian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Haji Len Talif Salleh pada 27 Ogos 2026 di Dewan Sri Krian, Saratok. Melalui Program Inisiatif Baru NCR, sebanyak 520 lot telah berjaya disukat dan Surat Hak Milik Tanah diserahkan kepada 429 orang penerima melibatkan keluasan keseluruhan kira-kira 679.61 hektar. Penyerahan ini melibatkan tiga kawasan projek iaitu Sungai Krian dan Sungai Kabo (Project ID.95), Kampung Sepuk, Krian (Project ID.92) serta Kawasan Entebu–Selambong (Project ID.28) yang memberi manfaat kepada komuniti Iban dan Melayu. Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak dalam memperkukuh jaminan pemilikan tanah yang sah dan berkekalan kepada pemilik tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) melalui pengeluaran geran hak milik kekal di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak.
