News

 

SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH SEKSYEN 5(3) DAN (4) KTN BAGI PROJEK “SITING FOR KHONG PHIN ROAD 11KV SUBSTATION”

Posted on 27 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching

SESI DIALOG PENGAMBILAN BALIK TANAH SEKSYEN 5(3) DAN (4) KTN BAGI PROJEK “SITING FOR KHONG PHIN ROAD 11KV SUBSTATION”

Tarikh : 27.8.2026 (Khamis)
Masa : 9.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching.

KUCHING, – Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching telah mengadakan Sesi Dialog Pengambilan Balik Tanah di bawah Seksyen 5(3) dan (4) Kanun Tanah Negeri (KTN) bagi projek “Siting for Khong Phin Road 11KV Substation”.

Sesi dialog tersebut diadakan pada 27 Ogos 2026, jam 9.00 pagi, bertempat di Bilik Mesyuarat, Jabatan Tanah dan Survei, Bahagian Kuching. Sesi ini melibatkan kawasan Jalan Khong Phin dan bertujuan memberi ruang kepada pihak-pihak berkaitan serta penuntut tanah yang telah dikenal pasti untuk hadir dan mendapatkan penjelasan berhubung urusan pengambilan balik tanah bagi projek berkenaan.

Antara pihak yang turut hadir ke sesi dialog ialah wakil Majlis Perbandaran Padawan, pemimpin masyarakat setempat termasuk penghulu, kapitan dan ketua kampung.

Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kuching sentiasa komited dalam memastikan urusan berkaitan pengambilan balik tanah dilaksanakan secara teratur serta memberi ruang kepada pihak yang berkepentingan untuk mendapatkan maklumat berkaitan proses penuntutan tanah dan mengemukakan perkara berkaitan tanah yang terlibat.



Best view using Mozilla Firefox and Google Chrome with web view resolution 1920 x 1080. | © Copyright of the Land and Survey Department, Sarawak (JTS). 

Copyright of this website and its contents but limited to the information, text, images, graphics, sound files, video files and their arrangement, and material therein, is owned by the owner of this website unless otherwise indicated. No part or parts of this website may be modified, copied, distributed, retransmitted, broadcasted, displayed, reproduced, published, licensed, transferred, sold or commercially dealt with in any manner without the express prior written consent of the owner of this website.


Last Updated On 27 Aug 2026

Operating Hours

Monday - Thursday
8:00am to 1:00pm & 2:00pm to 5:00pm

Friday
8:00am to 11:45am & 2:15pm to 5:00pm

Saturday, Sunday & Public Holiday
Counter Closed

image Polls
image Announcement