DIALOG BAGI TUJUAN PENYERAHAN WARTA SEKSYEN 6 KTS BAGI KAWASAN SUNGAI KAPIT ( KAWASAN 15) PROJEK ID: 722 DAN KAWASAN SUNGAI TAU-SUNGAI YONG ( KAWASAN 17) PROJEK ID: 721
Posted on 26 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Kapit
DIALOG BAGI TUJUAN PENYERAHAN WARTA SEKSYEN 6 KTS BAGI KAWASAN SUNGAI KAPIT ( KAWASAN 15) PROJEK ID: 722 DAN KAWASAN SUNGAI TAU-SUNGAI YONG ( KAWASAN 17) PROJEK ID: 721
Tarikh : 26.08.2026
Masa : 0900 pagi
Tempat : BILIK MESYUARAT JTS, KAPIT
Satu sesi perbincangan dialog telah diadakan bagi tujuan penyelarasan proses penyerahan Warta Seksyen 6 Kanun Tanah Sarawak (KTS) melibatkan Kawasan Sungai Kapit (Kawasan 15), Projek ID: 722 dan Kawasan Sungai Tau – Sungai Yong (Kawasan 17), Projek ID: 721. Perbincangan ini telah melibatkan jemputan kepada Ketua Kaum dan Ketua Masyarakat (KMKK) bagi kawasan-kawasan yang terlibat sebagai pihak berkepentingan utama dalam proses penyelarasan.
Fokus utama perbincangan adalah untuk menyemak dan mengesahkan senarai nama rumah panjang di setiap kawasan yang terlibat bagi memastikan maklumat yang dikemukakan adalah tepat, lengkap dan selaras dengan rekod semasa. Selain itu, sesi dialog turut memberi ruang kepada KMKK untuk mengemukakan pandangan, cadangan serta penjelasan berhubung sempadan kawasan, penempatan rumah panjang dan perkara-perkara lain yang berkaitan bagi mengelakkan sebarang pertindihan atau keciciran maklumat.
Hasil daripada perbincangan tersebut, semua pihak bersetuju untuk memberikan kerjasama dalam melengkapkan maklumat yang diperlukan bagi mempercepatkan proses penyediaan dokumentasi dan penyerahan Warta Seksyen 6 KTS. Penyelarasan yang dilaksanakan melalui sesi dialog ini dijangka dapat memastikan proses pewartaan berjalan dengan lebih teratur, telus dan mematuhi kehendak perundangan yang ditetapkan.