Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah dan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak
Posted on 24 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Limbang
Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah dan Surat Hakmilik Tanah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak
Tarikh : 24.08.2026
Masa : 1030 pagi
Tempat : Hotel Roxy, Lawas
Majlis Penyerahan Cek Pampasan Tanah dan Surat Hakmilik Tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Sarawak telah disempurnakan pada 24 Ogos 2026 di Hotel Roxy Lawas oleh YB Datuk Amar Haji Awang Tengah Ali Hasan, Timbalan Premier Sarawak merangkap Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II. Bagi SHT Seksyen 18, sebanyak 78 surat hakmilik melibatkan Kawasan Lumut & Sakai Lawas, Sepanjang Jalan Kuala & Kpg Noor Islam Lawas & Kpg Dato Kuala Lawas di bawah Program Pengukuran Lot Individu NCR Inisiatif Baharu telah diserahkan.
Untuk penyerahan Cek Pampasan Tanah pula melibatkan 3 buah projek. Bagi Projek NCH Lawas Section 1, seramai 170 orang penerima menerima cek pampasan dengan jumlah sebanyak RM20,308,959.26.
Bagi Projek NCH Lawas Section 2, seramai 10 orang penerima menerima cek pampasan dengan jumlah sebanyak RM3,142,851.50 manakala bagi Projek Jalan Murud Suang ke Persimpangan Lpg Long Pos Lawas, seramai 16 orang penerima menerima cek pampasan dengan jumlah sebanyak RM877,840.30
Program ini turut menekankan peranan ketua masyarakat dan ketua kaum dalam pembangunan mampan daerah Lawas, selari dengan Seminar Pemerkasaan Ketua Masyarakat & Ketua Kaum yang diadakan. Secara keseluruhannya, majlis ini mencerminkan komitmen Kerajaan Sarawak dalam memastikan hak milik tanah NCR dijamin dan pampasan projek pembangunan diagihkan secara adil kepada rakyat Limbang amnya, dan Negeri Sarawak khususnya.
