Program Bersama Komuniti (Outreach Program) Dan Low Carbon Program
Posted on 23 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
Program Bersama Komuniti (Outreach Program) Dan Low Carbon Program
Tarikh : 23.08.2026 (Ahad)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Rumah Menai Anak Tada, Jalan Naman 2, Sungai Naman Sibu
Majlis Daerah Luar Bandar Sibu telah menganjurkan Program Bersama Komuniti (Outreach Program) dan Low Carbon Program bertempat di Rumah Menai Anak Tada, Jalan Naman 2, Sungai Naman, Sibu. Program ini bertujuan untuk mendekatkan agensi kerajaan dengan komuniti setempat di samping meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan amalan rendah karbon dalam kehidupan seharian.
Selain sesi ceramah dan penerangan oleh pelbagai agensi kerajaan, pelbagai aktiviti turut diadakan bagi memeriahkan program. Antaranya ialah pertandingan mewarna bagi kanak-kanak dan orang dewasa bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang akan datang. Pihak FAMA turut mengambil bahagian dengan menjual pelbagai keperluan dapur dan barangan basah pada harga yang berpatutan. Beberapa agensi swasta seperti pihak farmasi dan optikal turut memberikan perkhidmatan kepada penduduk, di samping pameran daripada agensi-agensi kerajaan yang terlibat.
Penduduk juga berpeluang mendapatkan pemeriksaan kesihatan secara percuma serta pemeriksaan mata sepanjang program berlangsung. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan ini memberi manfaat secara langsung kepada masyarakat, khususnya penduduk di kawasan luar bandar.
Secara keseluruhannya, program ini telah memberikan ruang kepada agensi kerajaan, agensi swasta dan masyarakat setempat untuk berinteraksi serta menjalinkan hubungan yang lebih erat. Program seumpama ini diharapkan dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memperkukuh hubungan antara agensi dengan komuniti serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai aspek kesihatan, kemasyarakatan dan kelestarian alam sekitar.
