Program Bengkel Keselamatan dan Kebakaran : Tanggungjawab Bersama Komuniti Daerah Subis Tahun 2026
Posted on 22 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
Program Bengkel Keselamatan dan Kebakaran : Tanggungjawab Bersama Komuniti Daerah Subis Tahun 2026
Tarikh: 22.08.2026 (Sabtu)
Masa: 8:00 pagi
Tempat: Rumah Busang Anak Braoh
Program Pemimpin Bersama Rakyat untuk Kawasan Kisi, Peninjau, Miri merupakan satu program turun padang yang dianjurkan oleh Majlis Daerah Subis bertujuan mendekatkan pemimpin bersama masyarakat setempat serta menyediakan ruang interaksi secara langsung bagi menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklum balas berkaitan isu serta keperluan komuniti.
Program ini turut mengadakan kaunter pameran dan sesi taklimat bagi memberikan penerangan serta informasi kepada penduduk mengenai perkhidmatan dan perkara-perkara berkaitan kepentingan masyarakat setempat. Program tersebut telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Lukanisman Bin Awang Sauni, Timbalan Menteri Luar Malaysia merangkap Ahli Parlimen P.218 Sibuti
