Lawatan Tapak dan Penandaan Kawasan Dibantah di Projek Jalan Raya Kawasan Sg Bulu, Sadong Jaya , Samarahan ;
Posted on 20 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Samarahan
Lawatan Tapak dan Penandaan Kawasan Dibantah di Projek Jalan Raya Kawasan Sg Bulu, Sadong Jaya , Samarahan ;
Tarikh : 20/8/2026 ( Khamis )
Masa : 3 petang
Tempat : Tapak Projek di Kawasan Sg Bulu, Sadong Jaya, Samarahan.
Susulan perbincangan bersama YB Awla bjn Idris , ADUN Simunjan pada 18/8/2026 di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya lawatan tapak dan sesi dialog bersama 35 orang penuntut yang mendakwa tanah mereka tidak dibayar gantirugi / pampasan.
Penjelasan telah diberikan oleh Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Samarahan bahawa berdasarkan rekod daripada 42 orang penuntut : 15 orang telah dibayar pampasan dan ex gratia , manakala 25 orang tidak dibayar atas sebab status tanah adalah Tanah Kerajaan Berdaftar dan kelapa sawit di atas tanah berkenaan ditanam oleh pihak Felcra Berhad melalui usahasama dengan penuntut dan 2 orang pula tidak dibayar gantirugi atas sebab menanam di atas bund reserve yang telah dibayar sebelum ini.
Penandaan kawasan melalui GPS telah dibuat bersama beberapa penuntut yang mendakwa tanah ditanam oleh mereka sendiri tetapi tiada dibayar gantirugi.
Hasil siasatan dan laporan serta dialog seterusnya akan dibuat pada minggu pertama bukan September dan sebarang halangan yang dibuat di atas tapak projek mesti dibuka supaya kontraktor boleh menyambung kerja binaan jalan raya.
