
Sesi Perbincangan Isu Projek Jalan di Kawasan Sg Bulu, Sadong Jaya, Bahagian Samarahan
Tarikh : 18/8/2026 ( Selasa )
Masa : 0900 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya.
Dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Asajaya ; turut dihadiri oleh YB Tuan Awla bin Idris , ADUN Simunjan, DE JKR Bahagian Samarahan serta wakil HQ JKR, SAO Sadong Jaya , Penguasa Tanah dan Survei Bahagian Samarahan, Penghulu dan Ketua Kaum kawasan Sg Bulu serta Setiausaha JKKK Kpg Sg Bulu dan pihak Felcra Berhad.
Perbincangan ini adalah inisiatif pihak Pejabat Daerah Asajaya susulan penerimaan aduan “blockade” oleh penduduk tempatan yang mendakwa tanaman mereka belum dibayar pampasan susulan pengambilan balik tanah untuk projek SGSH Second Trunk Road ke Batang Sadong yang telah diluluskan pada tahun 2018.
Semakan oleh pejabat Tanah dan Survei Bahagian Samarahan segala proses pengambilan balik tanah telah selesai dan projek ini telah diserahkan kepada agensi klien pada tahun 2021.
Dakwaan mengatakan bahawa tanah dan tanaman tidak dibayar adalah bertentangah dengan rekod pengambilan balik tanah Jabatan dan cadangan telah dibuat supaya lawatan tapak dan seterusnya penandaan di kawasan terlibat hendaklah dibuat bersama pihak pengadu pada 20/8/2026!.
Kesemua pihak bersetuju begitu juga YB Awla .
