DIALOG PENGUKURAN DI BAWAH PROGRAM INISIATIF BARU NCR DI DALAM KOMUNITI TINJAR, BARAM
Posted on 08 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
DIALOG PENGUKURAN DI BAWAH PROGRAM INISIATIF BARU NCR DI DALAM KOMUNITI TINJAR, BARAM
Tarikh: 07.08.2026 (Jumaat)
Masa: 09.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Kecil Tinjar
Satu sesi dialog antara Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri bersama Pejabat Daerah Kecil Tinjar, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum telah diadakan bagi memberikan penerangan kepada masyarakat di kawasan Tinjar, Baram berhubung keperluan mengemukakan surat permohonan secara berkumpulan sebagai langkah awal untuk memulakan proses penyukatan dan pewartaan tanah di bawah Seksyen 6, Kanun Tanah Sarawak.
Antara perkara utama yang dibincangkan ialah status tanah bagi kawasan-kawasan yang terlibat, termasuk perkembangan semasa pemilikan, penggunaan tanah serta tindakan yang perlu diambil bagi memastikan setiap urusan tanah mematuhi peruntukan undang-undang dan prosedur yang ditetapkan.
