SESI PERBINCANGAN BERHUBUNG STATUS TANAH DI WONG KLIMAU DI DAERAH SUBIS TAHUN 2026
Posted on 11 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
SESI PERBINCANGAN BERHUBUNG STATUS TANAH DI WONG KLIMAU DI DAERAH SUBIS TAHUN 2026
Tarikh: 11.08.2026 (Selasa)
Masa: 2:30 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat, Majlis Daerah Subis
Satu perbincangan bersama Majlis Daerah Subis telah diadakan bagi mendapatkan maklumat dan pandangan lanjut berhubung status tanah di kawasan Wong Klimau. Perbincangan ini bertujuan untuk mendapatkan penjelasan mengenai kedudukan serta keadaan semasa tanah di kawasan berkenaan, termasuk perkara-perkara berkaitan penggunaan, pengurusan dan isu pentadbiran tanah yang berkaitan.