PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT KAWASAN POYUT LUBOK NIBONG N.78 MULU
Posted on 14 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Miri
PROGRAM PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT KAWASAN POYUT LUBOK NIBONG N.78 MULU
Tarikh: 14.08.2026 (Jumaat)
Masa: 7:30 pagi
Tempat: Rh. Saut, Sungai Sebatang, Marudi
Program Pemimpin Bersama Rakyat Kawasan Poyut Lubok Nibong N.78 Mulu merupakan satu program turun padang yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Marudi dengan kerjasama JKKK Poyut Lubok Nibong bertujuan mendekatkan pemimpin bersama masyarakat setempat serta menyediakan ruang interaksi secara langsung bagi menyampaikan maklumat dan mendapatkan maklum balas berkaitan isu serta keperluan komuniti.
Program ini turut mengadakan kaunter pameran dan sesi taklimat bagi memberikan penerangan serta informasi kepada penduduk mengenai perkhidmatan dan perkara-perkara berkaitan kepentingan masyarakat setempat. Program tersebut telah dirasmikan oleh YB Datuk Gerawat Gala, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.78 Mulu.
