Penyerahan Lesen Penyimpanan Karbon kepada Petros
Tarikh: 12 Ogos 2026 (Rabu)
Masa: 4.00 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat Tingkat 4
Sesi perbincangan mengenai perkembangan semasa inisiatif penyimpanan karbon di Sarawak telah dipengerusikan oleh Jabatan Tanah dan Survei Sarawak bersama-sama agensi dan pihak yang terlibat pada 12 Ogos 2026 (Rabu).
Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan kemajuan pelaksanaan projek, penyampaian Lesen Penyimpanan Karbon (Licence for Carbon Storage) yang pertama di Sarawak dan Malaysia, serta hala tuju pembangunan industri penyimpanan karbon di negeri ini.
Sesi tersebut dipengerusikan oleh Datu Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, dengan dibantu oleh Encik Anthony Aboi, Penguasa Tanah dan Survei Sarawak, Bahagian Miri. Turut hadir ialah Dato Abang Arabi, Senior Vice President, Sarawak Resource Management, Encik Sukhwant Singh, Head of CCUS Management, bersama pegawai-pegawai daripada Petroleum Sarawak Berhad (PETROS). Perbincangan ini turut disertai oleh pegawai-pegawai dari Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak.
