Sesi Randau Berkaitan Tanah Di Skim Penempatan Semula Sekuau (Kawasan RASCOM)
Posted on 11 Aug 2026
Source of News: Unit Perhubungan Awam, Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Sibu
Sesi Randau Berkaitan Tanah Di Skim Penempatan Semula Sekuau (Kawasan RASCOM)
Tarikh : 11.08.2026 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Tingkat 2, Jabatan Tanah Dan Survei Sibu
Sesi randau ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada wakil masyarakat setempat berhubung perlaksanaan proses penyerahan Kawasan RASCOM kepada Kerajaan Negeri yang telah diumumkan baru-baru ini, khususnya perkara berkaitan status dan pengurusan tanah di kawasan tersebut.
Sesi ini telah dihadiri oleh Penghulu Kawasan Sekuau, Ngalai Anak Asom, bersama wakil-wakil Tuai Rumah dari kawasan berkenaan. Penerangan dan taklimat berkaitan perkara tersebut telah disampaikan oleh Pegawai Kanan dari Cawangan Tanah, Puan Vivilyn Anak Wesley Kapi.
Sesi randau ini menjadi platform wakil komuniti untuk penjelasan maklumat secara terperinci, mendapatkan maklum balas serta menjawab persoalan yang dibangkitkan berkaitan isu dan status tanah di kawasan berkenaan.
